Untuk mendapatkan perhatian, berilah perhatian. Untuk mendapatkan belaian, berilah belaian. Ingat cinta itu bukan kata-kata tetapi cinta itu perbuatan atau tindakan. Jika kita cinta Allah, bukan sekadar pengucapan tetapi melalui perbuatan. Jika mengungkapkan berjuta kali tidak ada gunanya jika tidak disertai dengan perbuatan. Begitu juga situasinya suami isteri. Bukan sekadar ungkapan cinta tetapi harus disertai dengan perbuatan dan tindakan. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman hati menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangan, tetapi satu dari segi rasa.
Saturday, December 4, 2010
Ayat-Ayat Cinta...

Friday, April 30, 2010
Cetusan Rasa.....
Dalam kehidupan kita ini kita sering dibei pilihan. Untuk memilih kita perlu berkorban. Hidup bukan sekadar untuk diri sendiri, hidup juga untuk orang lain disekeliling kita. Berapa banyak yang kita kejar, tidak semua yang kita akan dapat malahan mungkin ada yang bertaburan dijalan.Lalu kita cuba mengutip satu persatu, tapi adakalanya kita akan tercicir. Jadi kita harus berfikir dan berhenti sejenak, merenung, memerhati dan bertanya pada diri sendiri..... Adakah yang tercicir itu? Besar sangatkah yang tercicir itu? Setiap gerak rasa itu sebenarnya Allah juga yang tentukan, sudah tertulis. Hanya sebab dan musabab yang dibicarakan oleh manusia biasa.Jadi biarlah apa yang berlalu itu jadi pemangkin untuk mencapai kejayaan.
Sunday, November 29, 2009
Salam Perkenalan
Saya Amran Bin Bakar, seorang guru di SK Kampong Daching. Saya berharap dapat berkongsi maklumat dalam meningkatkan prestasi akademik murid-murid khasnya yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Harapan saya juga saya dapat berkongi soalan-soalan serta tips peperiksaan demi kebaikan anak-anak murid.
Subscribe to:
Posts (Atom)